BAHASA MELAYU BAHASA BUDI

Sabtu, 4 September 2010

Kata Ganda

1.       Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2.        Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
3.        Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
                Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
1.       Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.             Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.             Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (‑).
3.             Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, Jan kata keterangan.
2.       
Contoh :

Gandaan kata nama    Gandaan Kata kerja    Gandaan Adjektif /sifat      
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan    baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik    manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat   


alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat,
kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
samaada sebahagian atau seluruhnya.
2.             Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.
1 Kata Ganda Seluruh
1.             Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.             Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (‑).
3.             Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat,
awal-awal,
benar-benar,
besar-besar,
budak-budak,
cacing-‑cacing , dan lain-lain



2 Kata Ganda Semu
1.             Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.             Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata Ganda Semu
kuda-kuda,
kupu-kupu,
kura-kura,
labah-labah,
layang-layang,
oleh-oleh,
onde-onde, dan lain-lain



3 Kata Ganda Separa

1.             Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2.             Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjur u rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga


4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.             Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a)           persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi
di Pangkal    Persamaan Bunyi
di Hujung    Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya      
batu-batan    anak-pinak    bolak-batik      
beli-belah    calar-balar    compang-camping      
bengkang-bengkok    cerai-berai    dolak-dalik      
corat-coret    comot-momot    gopoh-gapah      
degap-degup    gotong-royong    gunung-ganang      
dentam-dentum    karut-marut    haru-biru      
desas-Jesus    kaya-raya    huru-hara      
gembar-gembur    kuih-muih    huyung-hayang      
gerak-geri    pindah-randah    kacau-bilau   

Gandaan Separa  Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :


lelaki    bebola    lelabah    pepohon    jejari      
kekuda    jejentik    kekabu     dedaun    kekisi   


Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :


lauk-pauk    batu-bata    saudara-mara    bukit-bukau    kacau-bilau      
tunggang-langgang    tanah-tanih    semak-samun    bengkang-bengkok    gelap-gelita   


Gandaan Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :


tahu-menahu    tolong-menolong    jahit-menjahit    tarik-menarik    kejar-mengejar      
sulam-menyulam    tawar-menawar    kata-mengata    sepak-menyepak    karang-mengarang      
tari-menari    tangis-menangis    rampas-merampas    tumbuk-menumbuk    simpan-menyimpan   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan